Tuesday, 16 September 2014

Bila Orang Jakun Datang Johor


Twitter

Terjumpa satu artikel di Facebook yang di tulis oleh Fatin Farhanah mengenai satu tweet di Twitter beliau. Ia mengenai status seorang hamba Allah bernama Zaid Mohamad pelik melihat orang Johor makan goreng pisang dengan sambal kicap. Adakah ia benda pelik di Malaysia?

Goreng Pisang Dan Sambal Kicap

Pada pendapat Bro, ia bukan benda asing dalam Malaysia mengenai makan goreng pisang dengan sambal kicap. Mungkin, hamba Allah itu pertama kali datang ke Johor ataupun ada kawan beliau berasal dari Johor makan dihadapan beliau ketika itu. Makanan di Malaysia memang pelbagai dan bro rasa tiada rasa pelik sekalipun. Ia bergantung cara persembahan makanan mengikut negeri masing-masing.
Chakoi Dan Kaya

Contohnya makan Chakoi. Semasa bro tinggal di Johor, kami makan chakoi dengan sos cili tetapi bila tinggal di Selangor, ia dihidangkan dengan sos kaya. Pada mulanya bro memang berasa hairan pada mulanya tetapi lama-kelamaan ia macam perkara biasa sahaja. Setiap negeri pasti lain caranya. Jadi, janganlah jakun sangat makan bab makanan ini. Buat gelak orang sahaja. Bro ada sedikit info mengenai sambal kicap. Anda boleh baca pada link di bawah :

Sambal Kicap : Benda Wajib Bagi Orang Johor

Floating Farm Singapore Untuk Atasi Masalah Tanah


Rekaan Bangunan

Singapura merupakan negara kecil yang mempunyai keluasan tanah 716 square kilometer persegi. Dengan keluasan tanah seperti ini, ia menjadi kawasan terhad untuk penanaman pokok. Singapura hanya bergantung pada barang import makanan seperti sayur-sayuran, ikan, ayam dan daging.

Singapore

Di Singapura ada juga yang menternak haiwan dan penanaman sayur-sayuran tetapi ia tidak mencukupi untuk menampung kesemua ini untuk negara mereka. Arkitek dari Barcelona, Javier Ponce telah memikirkan cara mengatasi masalah yang dihadapi Singapura ini. Dengan membina menara yang berbentuk "L" ini, ia mungkin dapat mengatasi dan membolehkan Singapura tidak bergantung pada pengimportan makanan basah ini. Rekaan ini digelarkan Floating Farm Singapore. Bagaimana rupa menara yang difikirkan oleh arkitek tersebut, mari lihat video di bawah ini :

 

Video Iklan Perodua Axia Dan Harga



Perodua Axia merupakan kereta terbaru yang dilancarkan semalam oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Seri Muhyiddin Yassin di KLCC. Pelancaran ini telah lama ditunggu-tunggu oleh peminat kereta keluaran Perodua. Perodua Axia merupakan pengganti kepada kereta Perodua Viva. Model Axia ini dikatakan jimat tenaga dan harganya pula berpatutan. Kepada yang belum mengenali Perodua Axia ini, anda boleh lihat video di bawah dengan lebih terperinci mengenai model terbaru ini. Bro juga ada sertakan harga mengikut jenis yang ditawarkan :



2014 Perodua Axia E
Manual: RM24,600 (s), RM25,000 (m)


2014 Perodua Axia G
Manual: RM29,800 (s), RM 30,200 (m)
Automatic: RM32,800 (s), RM33,200 (m) 2014 Perodua Axia SE
Manual: RM36,800 (s), RM37,200 (m)
Automatic: RM39,800 (s), RM40,200 (m)
2014 Perodua Axia Advance
Automatic: RM42,130 (s), RM42,530 (m)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Penafian: Pihak Blog Terowong Informasi ini tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox versi 5 Ke atas dan Google Chrome sahaja.(dengan resolusi Full HD 1920x1080). Tidak digalakkan menggunakan Internet Explorer pelbagai versi untuk melayari Blog ini.